SASTECH SDN. BHD

Mula ditubuhkan pada 16 Februari 2013, SASTECH SDN. BHD merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang bergiat aktif dalam bidang teknologi maklumat yang semakin berkembang pada masa kini.  Mula diilhamkan oleh En. Ridzuan Saharan selaku CEO bagi syarikat ini, beliau bersama tiga orang lagi rakan kongsi beliau telah bersepakat dalam membangun syarikat SASTECH SDN. BHD

Berikut merupakan senarai jawatan utama di dalam SASTECH SDN. BHD : -

CEO - Ridzuan Saharan
COO - Izzad Halimi
CTO - Syamsul Shuib
CFO - Muhammad Syafiq Ishak

Carta organisasi SASTECH SDN.  BHD

Produk utama SASTECH ialah dalam membangun dan membekalkan peralatan rangkaian IT ke pasaran antarabangsa. Antara peralatan yang menjadikan SASTECH SDN. BHD terkenal ialah Genius Firewall yang dibangunkan sendiri oleh syarikat ini. Selain daripada itu, SASTECH juga giat dalam membangunkan aplikasi - aplikasi sistem maklumat mengikut permintaan pelanggan. Sehingga ke hari ini, pelanggan SASTECH SDN. BHD adalah merupakan pelanggan daripada Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Jepun dan banyak lagi.